Kamis, 19 Agustus 2010

Zubaidah Binti Ja'far.

Bismillahirahmanirahim.
SubhanAllah.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buatjunjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, sahabat, tabi'tabi'in, dan orang-orang sholeh yang dirahmati Allah.
Berlalu sudah satu lagi detik masa dan juga umurku, insya Allah sentiasa dalam rahmat dan ridhoNya. Masya Allah, tiada kata-kata yang mampu untuk alfaqir persembahkan di sini. Tatkala Allah menguji diri ini dengan lemahnya hati seorang yang bergelar perempuan. Ada saja peristiwa yang menyebabkan air mata ini tumpah ke bumi. Adakah dilihat seseorang yangmenangis itu lemah? Hm... syukur Alhamdulillah, air mata itu boleh jadipelembut hati. Air mata itu menjadi saksi kepada mujahadahhamba-hambaNya. Menangis boleh menjadi sesuatu yang memuaskan hatiseperti terlepas beban yang ditanggung. Karena tangisan itu.....disaksikan oleh Allah dan juga malaikat-malaikat yang ada. Karenaluahan hati, perasaan amarah, rasa sakit dan juga rindu hanyaselanyaknya diadukan pada Allah. Karena Allah Yang Maha Memberi, yangpaling memahami karena Dia adalah Penciptaku dan bukannya manusia.Biarkan ia menjadi penawar kepada kalbu yang berdarah dan terluka.Andai mungkin mata-mata yang membaca bertanya-tanya apa yang terjadipada diri, biarlah menjadi rahasiaku dan Tuhanku. Hanya mohon doa semua agar diri ini sentiasa dalam naungan kasih dan rahmatNya,Amiiieen...amiiieen..amiiieen...

Walau apapun, pencarian ilmu Allah dalammedan juang ilmu tetap diteruskan walaupun seberat dimana kaki melangkah.Ternyata, Allah seperti sedang mengungkap satu demi satu tentangkekuasaanNya dalam setiap penciptaan. Sungguh, wahai sahabatku.... apa yang ada pada Al-Faqir? Hehe.... andai mungkin ditanya pada diri,zikrullah akan sentiasa meniti di bibir mereka yang menyaksikan kebesaranNya.

MasyaAllah,ingin sekali alfaqir ungkapkan perkaitan antara elemen Ferum dengan Hemoglobin dalam darah, elemen Ferum dalamChlorophyl yang ada pada daun-daun yang hijau, elemen Kuprum di rambut dan sebagainya. Semua bahan kimia tidak organik sebenarnya menjadielemen yang sangat penting pada sesuatu yang bernyawa. SubhanaAllah,Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahu Akhbar, Segala pujian itu hanya yang mampu diungkapkan oleh hamba yang lemah tatkala setiap penerangan oleh penterjemah membuka mataku kepada satu dunia yang baru. Mungkinakan al-faqir ceritakan tentang semua ini satu hari nanti. Doakan diri ini untuk terus mencari ilmu, menjadi bekal untuk menggalas beban tugas fardhu kifayah yang bakal dipegang nanti, InsyaAllah.

Ketika diri ini kesedihan, alunan ayat-ayat Quran jadi peneman, dan buku-buku yang lainmenjadi semboyan buat diri yang berjuang di medan peperangan hawa nafsudan bisikan syaitan di bumi yang penuh dengan dugaan ini.

Untuk risalah kali ini, andai mungkin untuk alfaqir persembahkan satu tokohwanita yang indah pribadinya hasil dari talaqqi beberapa kitab ini.Secara umumnya, beberapa buku ini lebih membahaskan tentang peranan wanita dalam perjuangan mencari cinta Allah dan juga sumbangan mereka kepada perkembangan Islam secara keseluruhannya. Selain itu, tokoh-tokoh yangdibincangkan adalah tokoh-tokoh wanita selepas zaman khulafaAr-Rasyidin. ini berlainan dari kebanyakan buku-buku dan perbahasan tentang tokoh-tokoh wanita yang sentiasa diutarakan iaitu pada zaman nabi, khulafa Ar-Rasyidin dan terdapat juga yang menyentuh sedikit tentang tokoh wanita pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Aziz.

Zubaidahbinti Ja'far, isteri seorang khalifah Abbasiyah, Harun al-Rasyid, lahirdi Musol tahun 149 H, telah menikah dengan seorang khalifahAbbasiyah, Harun al-Rasyid, dan mempunyai seorang putera, Al-Amin yangmenjadi khalifah setelah Ar-Rasyid, Zubaidah meninggal tahun 216H,dimakamkan di Baghdad pada usia 71 tahun.

Belia umeninggalkan jasa dan di antaranya adalah memiliki seratus pembantu wanita yang menghafal Al-Quran, dan masing-masing di antara merekamewiridkan Al-Quran sepersepuluhnya sedangkan ia menyemak di istananya bacaan mereka bagaikan pokok kurma.

Beliau juga adalah pemilik 'Sumber Mata Air Zubaidah' karena ia menyediakanbagi penduduk Mekah dan para jemaah haji Baitullah Al-Haram. Imam Ibnu Jauzi bertutur, "ia memberi minum penduduk Mekah, pada ketika air satukolah (ukuran air tersebut) seperti 1 dinar, ia mengalirkan air sejauh10 batu yang membelah bukit hingga air itu dapat mengalir dari sumberair mata ke tanah haram, mata air tersebut dinamakan dengan 'Mata Air Zubaidah', salah satu sumber mata air di daerah Mekah, terletak dihujung lembah Nu'man, sebelah Timur Mekah. Proyek ini menelan biaya sebanyak 1,00,700 dinar."Ibnu Jabir mengatakan dalam perjalanan ketika beliau membuat haji,kebanyakan perhantian, perumahan-perumahan dari Baghdad sampai ke Mekkah merupakan peninggalan Zubaidah Binti Ja'far.

Dalamperjalanan hidupnya sentiasa dirahmati Allah dan terdapat beberapapengajaran yang harus diambil oleh wanita masa kini terutama wanitayang ingin menjadi solehah. Allah telah menganugerahkan 3 kurniaankepada wanita dan salah satunya, Allah telah mengurniakan wanita itudengan kecantikan, maka beliau mempunyai suatu keistimewaan yaitu kecantikan yang amat mempesonakan. Di sini alfaqir gambarkan bahwa  Zubaidah terkenal dengan sebab kulitnya yang putih. Kedua, Allah mengurniakan harta yang banyak hingga melimpah ruah, dan dia juga mendermakannya hingga berjuta-juta dinar. Ketiga, Allah S.W.Tmengurniakan kekuasaan, karena dia adalah putera khalifah, isteri kepada seorang khalifah, dan ibu kepada seorang khalifah. Beliau menjadikan semua itu hanya untuk Allah S.W.T, beliau juga memperdengarkan bacaan Al-Quran di istananya seperti gemersik pohon kurma.

Beliau juga turut memberi sumbangannya tanpa mengira pahalanya, semuanyaadalah anugerah, beliau juga turut mengalirkan air ke tanah haram yangdisebabkan perbuatan tersebut ia mendapat pahala yang berganda-ganda,beliau juga melakukan amal jariah sebelum meninggal dunia, alangkahbaiknya sedekah itu. Alangkah baiknya wanita itu karena mempunyai keperibadian yang mulia seperti taat, ahli ibadah dan sebagainya.
.................
InsyaAllah sirah ini menjadi motivasi membakar semangat yang lemah. Tidakkah antum terpesona dengan keperibadian dan hasil mujahadanya Zubaidah bintiJa'far? Buatpara sahibah di luar sana dan juga buat diri yang mungkin diuji Allahdengan pelbagai dugaan, insya Allah terus bersabar dan dikuatkan hanyabergantung pada Allah. alfaqir sayang antum semua. Insya Allah antum semua sentiasa dalam naungan kasih dan cinta Allah.
Wallahu'alam.